Pelaburan emas menjamin masa hadapan. Jadi sekarang masanya kita bersama-sama memiliki aset yang bernilai..Berminat untuk memiliki emas,boleh hubungi saya Hussein 012-9665470 (Dealer ID A8054), No dealer (PG012123).Miliki emas fizikal pertama anda hari ini dan rasai kehebatan kuasa emas.

Produk Jualan/Belian HssHGoLD

Kami menjual dan membeli semua produk emas.
Antaranya:

KIJANG EMAS,MAPLE LEAF DAN KANGAROO NUGGETS








DINAR EMAS






DINAR KELANTAN


PRODUK PUBLIC GOLD





BARANG KEMAS 916 DAN 999


PELABURAN EMAS MENGIKUT SYARIAH

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-'Imran: 75)
 Koleksi Dinar2 Rare

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.
Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).
Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.
Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
* Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).
Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

* Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.
Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.
Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.
Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.
Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:
Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);
l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Petikan dari Bicara Agama Utusan Online

(DINAR THE ROYAL MINT OF MALAYSIA) Dinar Pertama Malaysia

SHAH ALAM 28 Julai - Pengeluar dinar emas pertama negara, The Royal Mint of Malaysia (Royal Mint) akan mengadakan pertemuan dengan empat institusi kewangan yang banyak membabitkan umat Islam sebagai langkah pemasaran awal untuk memperkenalkan dinar emas.
       Pengerusi Royal Mint Exchange iaitu sebuah anak syarikatnya, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, pertemuan mulai 1 Ogos itu akan melibatkan institusi kewangan seperti Tabung Haji, Bank Islam, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Rakyat.
       Katanya, ia turut sejajar dengan matlamat Royal Mint untuk menawarkan dan menggalakkan penggunaan dinar emas di kalangan rakyat dalam pelbagai urusan termasuk simpanan dan ibadat.

       ``Dinar emas boleh dijadikan salah satu bentuk harta simpanan baru umat Islam. Ia juga lebih baik daripada wang tunai kerana emas tidak mengalami kejatuhan nilai yang amat ketara,'' katanya.
       Awang Adek berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dinar emas pertama Malaysia oleh Pengarah Urusan The Royal Mint of Malaysia, Datuk Megat Abu Bakar di kilangnya di sini hari ini.
       Dinar emas tersebut dikeluarkan dalam dua nilai, satu dinar dan suku dinar dengan masing-masing seberat 4.25 gram dan 1.06 gram serta mempunyai ketulenan emas sebanyak 91.7 peratus atau 22 karat.Reka bentuknya yang ditempa mengikut piawaian Khalifah Umar Al Khattab mengandungi gambar Kaabah iaitu kiblat umat Islam, dua kalimah syahadah dan ciri-ciri keselamatan Royal Mint.
         Beliau menambah, dinar emas akan turut menggalakkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan tabiat menyimpan apatah lagi ia tidak mudah dibelanjakan atau dikeluarkan seperti wang tunai.
       ``Kalau sebelumnya kekayaan disimpan dalam pelbagai bentuk terutama wang tunai, dinar merupakan pilihan lain kepada umat Islam untuk terus membuat harta.
       ``Harga emas tidak banyak berubah sepanjang masa tetapi kalau mata wang yang disimpan, satu hari ia boleh hilang nilai seperti ketika krisis kewangan pada 1997,'' katanya.
       Menurut beliau, dinar emas turut mampu menjadi pilihan tambahan kepada umat Islam dalam menjalankan urusan harian muamalat dan ibadat mereka.
       ``Dinar boleh digalakkan bagi menyokong aktiviti ekonomi umat Islam seperti jual beli harta, membayar gaji pekerja, berkahwin, mengerjakan haji dan menunaikan zakat,'' katanya.
Di petik dari Utusan Malaysia (29/7/2003)

Bagi yang berminat untuk dijadikan koleksi, anda boleh hubungi saya di no 0129665470.Selagi stok masih ada..

EMAS???? GOLD???

            Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

TUKARKAN SEBAHAGIAN DARI SKOP PELABURAN

            Pada 03.01.2011 adalah hari bagi bermakna bagi bumiputera yang melaburkan sebahagian wang mereka di dalam Amanah Saham Bumiputera(ASB).Tahun ini Permodalan Nasional Berhad mengumumkan dividen yang memberangsangkan berbanding tahun lepas.Mungkin ada diantara kita yang ingin menukar sebahagian daripada keuntungan dividen untuk masa hadapan.Saya cadangkan bagi semua supaya melabur dalam elaburan emas atau perak..
            Al-Hamdulillah, ramai dikalangan rakan sekerja sudah sedar tentang kepentingan emas..Hasil usaha saya untuk sama-sama berkongsi ilmu untuk kesenangan bersama.Tetapi ada juga di kalangan rakan-rakan yang tidak boleh menerima kelebihan emas..Itu sudah biasa, bagi saya itu perkara biasa.Manusia ada cara masing2 untuk berjaya.Alasan2 yang di berikan kadang2 tidak munasabah dan ada juga tahu akan kelebihan emas tetapi menangguhkan hasrat untuk membelinya.Bagi saya, tidak perlu membeli berpuluh-puluh ribu..Cukup sekadar 1 dinar, yang penting kita dapat mengetahui naik turun harganya..Apabila kita tahu pergerakan harga emas, ini akan menambahkan minat kita untuk menambahkan lagi koleksi emas atau perak.Saya dulu bermula dengan beberapa keping dinar hasil dari perkongsian ilmu dari abang kandung.Rasa takut ada pada masa tu tetapi hasil dari saya sumber2 yang ada di internet dan perkongsiaan dari orang berpengalaman, saya menambahkan lg koleksi emas saya.
              Dulu pelaburan saya hanya di ASB tetapi hasil dari pengalaman yang ada, sebahagian ASB di keluarkan untuk membeli emas.Saya cadangkan kepada ramai kawan, ambil sebahagian sahaja dari pelaburan tepat dan tukarkan kepada emas kerana emas menjamin masa depan dan memang menguntungkan..Sebelum ini saya pernak keluarkan artikel tentang perbandingan pelaburan emas dan pelaburan di ASB.Bagi kawan2 yang belum membacanya, bolehlah membacanya untuk mendapatkan gambaran lebih jelas keuntungan di dalam pelaburan emas.
               Saya harap, ramai lagi rakan2 yang akan sedar pelaburan emas dan perak.Saya sedia membantu dan berkongsi ilmu.Bagi rakan2 yang mahu memiliki emas fizikal, saya sedia membantu.Produk dari keluaran Public Gold  dan dinar Kelantan menjadi dagangan saya sekarang ini.Mungkin suatu hari, saya akan mempelbagaikan produk jualan saya.Jangan lupa no dealer saya..(PG012123) senang diingati.Bagi yang terus ke Public Gold , jangan lupa nama saya MAT HUSSEIN BIN MAMAT@MOHD DRIS atau sebut je no PG 012123 sebagai introducer anda.
          

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More